Thursday, March 5, 2009

Tanda Lahir Danish


Scr umum, tanda lahir pada bayi yang baru dilahirkan bukan masalah besar. Ia jarang berlaku tetapi mungkin mengejutkan ibu bapa yang selama ini tidak pernah terfikir, bayi mereka lahir dengan tanda di leher, muka atau belakang tengkuk.

Tanda lahir boleh terjadi sebelum dia dilahirkan atau selepas kelahiran. Sebenarnya tidak ada cara menghalang tanda lahir. Ia juga bukan disebabkan genetik tetapi bagaimana ia terjadi tidak dapat dipastikan secara khusus.

Kebanyakan tanda lahir akan hilang apabila kanak-kanak berusia lima atau sembilan tahun tetapi ada juga tanda lahir yang bersifat dramatik dan menyebabkan masalah kosmetik dan kemungkinan ia adalah tanda barah.

Tanda lahir (Birth marks) boleh di bahagikan kpd 2 jenis:

A. Tanda lahir Vaskular: Tanda lahir ini terjadi apabila salur darah tdk terbentuk dengan sempurna. Terdapat 3 jenis tanda lahir vascular :-

i - Macular Stains: Tanda lahir yg paling kerap kelihatan. Biasanya terdapat pada bahagian dahi, kelopak mata, belakang leher, hidung, atas bibir atau pada bahagian belakang kepala. Biasanya tanda lahir jenis ini akan hilang apabila bayi itu mencapai umur 1 atau 2 tahun.

ii - Hemangioma : Tanda lahir jenis ini selalunya timbul dan boleh jadi kemerah-merahan atau bebiru-biruan bergantung kepada jenis salur darah yang terlibat. Hemangioma selalunya akan makin membesar untuk 6 bukan pertama dan biasanya akan mengecut apabila kanak-kanak tersebut mencapai umur 5- 9 tahun. Jika hemangioma ini besar dan melibatkan bahagian seperti mulut atau hidung maka rawatan perlu dilakukan bagi mengecutkannya supaya tidak mengganggu fungsi organ tesebut.

iii- Port Wine Stains - Tanda lahir jenis ini selalunya belaku pada bahagian muka dan bebeza dari segi saiznya. Ia seperti berbentuk air wain merah yang tertumpah (port wine stains). Jika ia berlaku dekat pada bahagian mata ujian lanjutan perlu dilakukan untuk memastikan tiada komplikasi pada organ tersebut.

B. Tanda Lahir Berpigment (Piegmented Birthmarks): Tanda lahir ini terjadi apabila sel-sel yang menyebaban pigment (warna kulit) pada kulit berkembang lebih daripada normal (Overgrowth). Ia boleh dibahagikan kepada 3 jenis:

i- Cafe-Au-Liat Spots- Kerap berlaku dan warnanya adalah seperti kopi ditambah susu (seperti namanya). Boleh terdapat di mana-mana sahaja bahagian tubuh. Walaubagaimanapun jika terdapat banyak tanda ini dan saiznya yang besar maka perlu mendapat pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada kaitan dengan penyakit tertentu seperti penyakit saraf Neurofibromatosis.

ii - Mongolian Spots - Bewarna kebiru-biruan atau kelabu. Kerap terdapat pada bahagian belakang atau punggung bayi. Selalunya akan hilang sepenuhnya tanpa memerlukan rawatan khusus.

iii - Moles (Tahi Lalat) - Ia boleh bewarna perang atau hitam. Boleh rata atau timbul dan terdpat juga yang mempunya rambut atau bulu. Jika ia besar ia memerlukan pemeriksaan susulan bagi memastikan ia tidah bertambah besar atau berubah warna kerana terdapat risiko untuk menjadi kanser kulit (melanoma) jika ia berkeadaan demikian.