Tuesday, December 16, 2008

Walker Danish

Kata Dr, apabila baby dah berusia 6 bulan, baby sudah boleh didudukkan di dalam walker since tulang belakangnya/pinggangnya sudah kuat. So oleh kerana Danish pun dah nak masuk 6 bulan, pada 15/12/2008, buat pertama kalinya saya pun masukkan Danish ke dalam walker. Mula2 memang dia tak berapa nak duduk sangat, maybe sebab janggal. Pastu bila dah banyak kali, apa lagi, sekarang dah pandai ke depan, ke belakang smbl tangan mencapai apa saja yang dia nampak, hehehe...



Monday, December 15, 2008

Danish... Anak Mama? Anak Ayah?

Danish... Muka Danish macam Mama ker? Atau macam Ayah? Ramai kata, muka Danish ikut Mama. Tapi ada gak yang kata muka Danish ikut Ayahnya. Kalau tenung-tenung, muka Danish ikut siapa ek??? X kisahlah muka dia ikut siapa pun, yang pasti iras kami 2 sure ada kat Danish, hehehe. Dan sebagai buktinya, tengok ye semua... Haha...



Danish & Stereng Kereta

Danish ni betul-betul obses dgn stereng kereta... Pantang nmpk jer stereng kereta..mulalah dia. Skrg ni sampai nk bergdh ngan saya gara2 bila ada dlm kereta..dia sibuk nak pegang stereng. Sggp dia ddk atas riba Ayahnya semata2 nak pegang stereng kereta. Satu lg, yg dia happy sgt bila time si Ayah keluar isi minyak, bkn main sronoknya dia..dpt berdiri kat seat driver & pegang2 stereng..mcm Michael Schumacher plak. So tgklah aksi2 teruna saya bersm stereng kereta, hehe..




Sunday, December 7, 2008

Danish & Mainan, Mainan, Mainan...

Umur belum msk 6 bulan tapi putera sulung saya dah pandai naik mainan ni (nak panggil ape ek benda alah ni??? saya panggil car coin la ek). Skali bagi Danish try naik, ingatkan dia akan takut tapi rupa2nya dia sronok. Bkn main berani lagi hero Mama ni smpikan Ayahnya senyum jer tengok karenah anaknya ni, hehe...

So start jer pada ari tu, mmg dah menjadi kebiasaan kami berdua tuk bawa dia main car coin ni. Habis jer membeli brg2 dapur di tesco, giant mahupun jusco ker, sure kami akan sggh sekejap bg dia main... Sronok tengok telatah dia bila naik car coin ni. Habis stering kereta tu dipusing2nya, cam x sabar nk bw kereta kot... Hehe...

Pelbagai aksi Danish...



Sorry video senget. Tak reti nak rotatekan. Huhu...



Monday, December 1, 2008

Happy Birthday To Me...

"Happy Birthday To Me
Happy Birthday To Me
Happy Birthday To CT
Happy Birthday To Me"

Alhamdullillah... Hari ni 1 Disember, genaplah umur saya yang ke 27 thn. Mcm tak caya jer, rasa cam baru jer 17 tahun, hehehe (perasan sggh). Saya bersyukur kerana Allah bg saya hidup di muka bumi ini. Semoga Allah panjangkan umur saya, murahkan rezeki & sentiasa merahmati saya sekeluarga. Amin...


Thursday, November 27, 2008

Stroller Danish

Terdpt byk pilihan stroller di pasaran. Pilih sj mengikut kesukaan sendiri dismpg mementingkan ciri2 keselamatan yg terdpt pd stroller tersebut..hehe..(macam jurujual lah plak saya ni..hihi..).

Rasanya mdh sikit kalau ltk Danish dlm stroller. Still memilih brand Anakku..rekabentuk yg cantik/ unik, mutu jahitan yg kemas, material yg lembut dismpng ada plak toys yg tergantung2 tu..menjd bbrp faktor knp saya & hubby memilih stroller ni utk putera kesygan kami. Dkt $300 gak tu..huhu..tp tak kisah sgt coz stroller ni disponsor oleh adik2 saya yg tersyg utk anak buah sulung dia org..hehe..:)






Monday, November 24, 2008

Bouncer Danish

Cam rugi jer beli bouncer ni..Danish bkn suka pun klu diletakkan dlm bouncer ni. Dia rs cam rimas jer..nnt mula lah dia merengek2 srh angkat dia blk. Yg si Ayah pun satu, mcm2 yg tak kena..klu ltk jer si anak dlm bouncer..mula lah dia ckp kepala anak dia sakit lah, anak nak terjuntai ke bwhlah, mcm2 tak kena.. Tp benda dah beli..somemore hadiah dari Paksu Danish lg..tak kan lah tak nk pakai lgsg??? Mmmmm..sbr jer lah..

Ni gmbr2 Danish & bouncer Anakku
(time ni ms pantang lg..tu pun saya ltkkan Danish coz nak amik gmbr jer..hehe..:). Bouncer ni blh thn gak harganya, tu yg sedih..huhu.. Blh kata dlm 3/4 kali jer kot Danish guna bouncer ni sepjg umur dia klu tak slh saya dlm 5 bulan jer kot..slbhnya bouncer ni jd hiasan kat umah..hehe..






Monday, October 6, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Tahun ni kami berdua..saya & hubby tak dapat nak pakai baju melayu & baju kebaya warna sedondon dengan putera sulung kami, huhu sedihnya... Tailor saya yang slalu saya tempah baju tak dapat nak jahit since pekerja2nya ada mslh sikit. Punyalah semangat saya nak pakai warna sedondon ...warna purple dengan hubby & anak tersayang. Awal2 lagi saya dah belikan Danish baju melayu, nak tengok betapa comelnya putera saya berbaju melayu di pagi raya tapi huhu...

Sempena hari yang mulia ini, kami sekeluarga mengucapkan
"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
&
MAAF ZAHIR BATIN"








P/s - Harap sangat di Aidil Fitri yg akan datang, kami bertiga dapat berbaju sedondon di pagi hari raya, InsyaAllah...


Thursday, September 25, 2008

Kad Raya Ayah & Mama Danish

Thn ni just beli kad raya yg biasa2 jer..tak mcm thn lalu pas kita org nikah, hehe. Ckp psl kad raya thn lalu, jom saya tjk sikit pd semua, hehe... Ada 8 koleksi semuanya tp hanya guna 1 keping gmbr jer..coz saya rs gmbr ni cantik sgt.. Cantik tak kad raya Ayah & Mama Danish???










Sunday, September 21, 2008

Danish Meniarap

Ari ni Danish dah masuk 3 bulan, ari ni gak Danish dah pandai meniarap... So layan jer lah klip video kat bwh ni, hehehe.




Monday, September 15, 2008

Danish Cukur Rambut

Di antara sunnah menyambut kelahiran anak ialah mencukur rambut anak pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian bersedekah kepada orang-orang fakir dengan perak seberat timbangan rambutnya itu.

Danish bercukur pada hari ke12, 02hb Julai 2008.
Ikut orang tua-tua cakap, kena tunggu tali pusat jatuh dulu, baru leh mencukur rambut...


Friday, September 5, 2008

Pengorbanan Seorang Ibu

Sepanjang berpantang ni, saya banyak belajar erti kesabaran dan ketabahan sebagai seorang ibu... Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang walaupun penat & letih, anak tetap diutamakan. Respect betul pada mak saya yang sanggup menjaga kami 7 beradik tanpa sebarang rungutan. Sayang Mak... Dan sepanjang tempoh ni jugalah, mak saya berpantang bersama-sama menjaga saya & cucunya. Nasib baik gak ada hubby yang ringan tulang, yang sanggup mambantu saya & mak dalam bergilir2 menjaga Danish...

Danish pun semakin besar, seronok tengok perkembangan dari hari ke hari. Muka pun boleh berubah2, kejap putih, kejap gelap.. Tak kisahlah, janji anak Mama sihat. Mama sayang Danish...
Danish bersama hadiah-hadiah yang diberi saudara-mara & kawan-kawan.
Tq semua...


Tuesday, September 2, 2008

Playpen My Little Baby...

Playpen My Little Baby..beli kat Butik Anakku. Suka tgk combination warna dia..yg membuatkan saya & Mak sepakat utk beli playpen ni..hehe.. Tak der lah mrh sgt tp klu nk dibndgkan dgn yg lain..rsnya berbaloi lah..puas hati. Abg sponsor sikit..slbhnya ditmbh oleh saya & hubby..:) Pas beli playpen & rubber mat..kita org ke Jusco plak..cari tilam dsbnya. So hslnya beli lah..tilam & bantal, sarung cadar, sarung bantal & comforter..hihi..:)

Playpen-Arc Frame (Premium)..
B
antal, sarung cadar, sarung bantal & comforter saya tak bubuh lg..hihi..:)



Monday, September 1, 2008

My Little Baby...Ahmad Danish Aqil

Alhamdullillah... Tanggal 21/06/2008, kehidupan saya baru bermula. Saya dah pun menjadi Mama kepada seorang Cute Baby Boy yang diberi nama Ahmad Danish Aqil Bin Ahmad Zamri. Danish dilahirkan secara normal pada pukul 7.57 pagi dengan berat & ketinggian 3.35kg & 50cm di Hospital Lam Wah Ee, Pulau Pinang.

Sememangnya kehadiran Ahmad Danish Aqil amat dinanti-nantikan since dia merupakan the 1st grandchild on my side and the 15th on hubby's side. Because there's no baby in the hubby's family since semuanya dah besar panjang, Danish memang dimanjakan oleh kedua-dua keluarga kami.

Tapi yang pastinya, hubby saya lah orang yang paling happy sebab dapat baby boy... Bkn apa, bolehlah jadi peneman dia main bola, badminton dll, heheheee.


Gambar Danish semasa baru lahir & di rumah...

Ahmad-Yang terpuji, Danish-Pengetahuan, Bijak, Aqil-Bijak, Terpelajar




WeLcoMe To My Blog...

HALLOO...
dis the new begin of me!
dunno what to say

dunno what to write
so many things happened to me
but there were nothing to say...


Anyway, selamat membaca my new blog. Hehe...