Monday, June 29, 2009

Preparation For Danish's Birthday Partyyy!!!... Part 1

Saya & hubby tgh sibuk buat preparation utk birthday party Danish for this coming weekend, 05hb Julai 2009 (actually since bulan April lagi kita orang dah prepare sikit2, takut last minutes kelam-kabut plak, hehe). Walaupun septtnya b'day Danish disambut pada 21hb Jun, kita org sengaja lewatkan coz nak celebrate together ngan Mak Toknya, my beloved Mom... Tu pun leh kira ada 2 lagi tarikh penting yang kita orang tunggu2 (tapi kalau nk tggu lg, bilanya nk buat b'day Danish ni... kang mengamuk si Ayahnya). 06hb Julai merupakan b'day paksu Danish & 07hb Julai genap 2 thn pernikahan saya & hubby... Hehehe...

Let's check the preparation :-
1. Main menu - Bihun goreng, roti jala, sate, nugget, hot dog, kuih2 semua dah beli & order.
2. Birthday cake - Dah order. Pilih no. 1 since Danish umur setahun kan...
3. Goodies plastic bag - Dah beli. Danish nak bagi apa ek utk kawan2 yg dtg? Haa..surpriseee!!! Baru setahun, dah ada kwn ker Danish???

4. Decorations - Decorative birthday word, balloons warna-warni, party hat, party horns (trumpet, blow & balloons blow with lace), party eye-mask and etc semua dah beli.
5. Others - like table cover, paper plates, paper cups semua dah ready.

Semua dah ready tggl barang2 nak masak jer blm beli. Semua tu saya, hubby & Mak akan pulun friday ni. Danish pun dah dpt hadiah advance dari kwn saya yg tak dpt dtg nanti... Thank you so much!!!


P/s - Ok... don't forget to come. We'll have lots of fun there! See yaa...



Sunday, June 28, 2009

Danish Dah Sihat

Salam...

Sabtu lalu, saya & hubby dah pun bw Danish berjumpa Dr Tan utk buat follow up.
Alhamdulillah, Dr ckp Danish dah sihat, dah ok dah... Lucky kita org bawa dia jumpa Dr kena pd msnya coz blm smpi thp yg teruk sgt, kira baru2 lg. Skrg bintik2 merah tu pun semua dah hilang. Syukur sgt2 ke hadrat Allah... Dr just bg 1 lg krim sapu utk hilangkan merah2 kat punggung & vitamin coz berat Danish dah trn.

Satu pengajaran buat saya & hubby, next time kalau nak bawa Danish gi mandi kolam, pastikan mandikan dia semula ngan air bersih coz air dalam kolam dah tentu tercemar, kotor ditambah plak ngan klorin...mmg tak bagus utk bdk2, antibodi mereka tak kuat. Erm, what to do, benda dah jadi kan...kita org pun tak sangka nk jd smpi mcm ni. Tak pe lar, as long skrg Danish dah sihat,
alhamdulillah.



Friday, June 26, 2009

Birthday Mak Tok Danish...

28hb Jun merupakan Hari Ulang tahun Yg Ke-48,
Mama punya Mak (Mak Tok Danish)...

Selamat Hari Lahir, Mak!
Terima kasih di atas segala pengorbanan Mak selama ni...
Kami sayang sangat Mak...Muah2...

- Ct, Dd & Danish -


Kami doakan moga Mak diberi kesihatan yg baik, dipjgkan umur, dimurahkan rezeki & berbahagia selalu dismpg insan2 tersyg. Kami bersyukur dgn kehadiran Mak dalam hidup kami. Jasa Mak ttp dikenang hgga akhir hayat & pasti tak mampu terbalas krn jasa Mak sgt besar & tulus dalam mendewasakan kami terutamanya saya, anak pompuan sorang ni, hehe...
We really2 LOVE U sooooo much! MAK!!!

"MAK....MAK.....ENGKAULAH RATU HATIKU....
BILA KU BERDUKA.....ENGKAU HIBURKAN SELALU.....
MAK.....MAK.....ENGKAULAH RATU HATIKU....."




Tuesday, June 23, 2009

Danish Kurang Sihat...

Assalamualaikum... Saya mulakan entry ari ni dgn kisah ari isnin & semalam. Smlm bz sgt, tak sempat nk update blog...

Isnin pagi Danish still demam tapi dah kebah sikit bndg ari ahad... Saya, hubby & mak toknya bawa juga Danish gi klinik but so sad, Danish mmg tak leh kena inject coz dia demam. Dr suggest dtg blk ari khamis ni ataupun isnin depan tuk buat injection. Masa time mlm, saya nmpk cam ada bintik2 merah di tgn, kaki & mulut danish. Kat kaki dia ada gak bintik2 merah yg ada air, tu psl kot Danish tak nak pakai kasut maybe dia sakit but blm tahu nak bagitau lagi. Then saya periksa seluruh bdn dia, celah2 kankang, bontot & "bird" dia pun ada bintik2 kemerah-merahan tu. Malam tu dia merap sikit, maybe sbb sakit & pedih kot. Baru jer demam kebah ckit, dah sakit lain tumpang kat anak Mama. Risau tgk Danish camtu, saya & hubby bawa dia gi klinik 24 jam. Dr ckp maybe baby boy saya ni dlm kategori sensitive skin, tu psl jd camtu but dia bg letter to refer Dr Pakar in case ubat yg dia bg still tak ada kesan tuk Danish. Dr just bg ubat demam & ubat sapu warna pink. Blk jer rmh, hubby trs bg dia makan ubat, then tggu Danish tdur dulu...barulah hubby sapukan ubat sapu tu kat tpt yg ada bintik2 merah tu.

Dan semalam (Selasa), saya expect yg bintik2 merah tu smkn krg but blk jer keja, saya tgk muka Danish cam tak tahan sakit jer. Dia trs peluk saya, maybe nk bgtau yg dia sakit kot. Sedih hati saya tgk dia camtu, tetiba jer dia jadi manja sgt. Saya trs call hubby, inform keadaan Danish. Pas maghrib, kita orang trs bw Danish gi Hospital Lam Wah Ee, jumpa Dr Tan (Dr baby Danish). Dr Tan ckp Danish kena "coxsackie". Apa tu "coxsackie"??? Penyakit tgn, kaki & mulut... Dr bg ubat makan tuk Danish & 2 jenis krim sapu. Dr ckp sabtu ni datang blk tuk follow up camner keadaan Danish coz Danish still br jer kena, bknlah di thp kritikal. Walau mcm mn pun, saya & hubby ttp ssh hati sbb x sgka2 blh jd smpi mcm ni, kesian Danish...

P/s - Mama hrp Danish cpt smbh ner syg... Mama doakan Danish tak ada apa2, moga diberi kekuatan & kesihatan yg baik, Amin... Smg



Monday, June 22, 2009

Danish Demam

Sejak balik dr mandi di Taman Belia, Danish dah mula demam... Pg ahad tu demam dia semakin panas, saya suapkan dia ubat dulu & letakkan cool fever. Nsb baik lah Danish ni dlm kategori sng jg lah nk mkn ubat, klu tdk, huhu... Saya just bg dia mkn ubat gunakan picagari coz sng nk mskkan sikit2 ubat dlm mulut dia. Klu guna sudu, alamat hbs dicapainya, ubat kemana, kerja yg bertmbh, hehe... Nk guna cool fever lak, kena tggu dia tdur coz dia tak perasan ada something atas kepala dia. Klu tdk, mmm sure dia tarik nnt. Ni lah ragam baby boy saya bila sakit...

Esok Danish kena gi klinik tuk injection for 1st year. Tak tahu lah blh ker tak ngan keadaan dia yg tak berapa sihat ni.


Cian anak Mama, tak sihat ker? Cepat2 baik ner syg, cian dia.




Mandi-Manda @ Taman Belia Png

Ni aktiviti sabtu lepas kita orang, tak sempat nk update tapi saya still nak masukkan gak dalam entri blog coz ni lah 1st time kita org bawa Danish gi kolam, hehe... Actually bukan nk bawa Danish gi mandi pun... Seperti biasa, tghari sabtu & ahad sure kita orang keluar utk lunch. Hbs jer makan-makan, Ayah cakap jom kita bawa Danish gi jalan-jalan kat Taman Belia memndgkan esoknya kita orang plan nk buat mini birthday dia kat sana, saja nk bawa dia gi tgk2 jap. (Ahad-21hb Jun merupakan hari ulang tahun pertama Danish...but kita akan celebrate birthday party dia on 5hb Julai nnt)...

So sampai jer sana, bukan main happynya Danish tgk air pancut ngan ramai bdk2 plak tu... Ayah lak saja jer bg test air pancut kat kaki Danish, nak tgk sama ada dia takut air ker tak. At last, orang yg paling excited, tak lain tak bukan, putera comel saya. Dah lah tak takut air, ngan lasak plak tu, enjoy jer dia main air. But so sad, balik jer dr sana, Danish tak sihat, demam... Ni maybe excited smpi terminum sikit air kolam tu. Ciannya anak Mama, Mama doakan Danish cepat sembuh ner sayang...

So di bawah, seperti biasa...layan jer lah gmbr2 yg smpt saya snap, hehehe...






Birthday Party Invitation


"Birthday Party Invitation"
JOM, JOM, JOM, Meriahkan Birthday Party Danish.
..


Sunday, June 21, 2009

Happy Birthday Ahmad Danish Aqil


Alhamdullillah,
Anakku Ahmad Danish Aqil, hari ini jam 7.57 pagi, 21 Jun 2009, kini genap berusia 1 tahun.

"Happy 1st Birthday, sayang anak Ayah & Mama... Ahmad Danish Aqil!!!"

Ayah & Mama doakan semoga Danish sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik, kepanjangan usia, kelimpahan rezeki, bijak dan menjadi anak yg soleh.

Ayah & Mama sayang sangat Danish! Mmmuuaahhh!


P/s - Birthday Danish akan disambut pada 5hb Julai 2009 coz Mak Toknya pun menyambut hari lahir yang ke-48 pada bulan Jun juga, 28hb Jun. So Danish celebrate sama2 ngan Mak Toknya nanti, hehe...



Hari Yang Paling Bermakna... 21hb Jun 2008

21/06/2008 adalah hari yang paling bermakna dalam hidup saya coz pada tarikh ini, saya telah selamat melahirkan seorang Baby Boy yang diberi nama AHMAD DANISH AQIL. Sekejap jer masa berlalu, tak sangka dah setahun baby saya ni. Daripada lahir sampailah sekarang, macam2 yang saya lalui. Teringat masa mula-mula tengok Danish dilahirkan, walau lali tp matanya still tengok pada saya & hubby, al-maklumlah pertama kali melihat dunia baru, melihat Mama & Ayahnya.. Bila ingat2 kembali, menitis air mata, macam tak percaya jer yang saya dah ada anak sekarang ni...

Walaupun penat bekerja sepanjang hari, bila balik tengok telatah Danish, hilang rasa penat. Walaupun adakalanya Danish suka buat saya letih dengan pelbagai aksi aktifnya tapi bila dia peluk & cium saya, terus sejuk hati saya. Danish mmg anak yg cute sgt...Pandai amik hati Mama & Ayahnya... Betul la orang tua-tua kata, anak ni penawar hati.

AYAH & MAMA SAYANG SANGAT PADA DANISH.
Ayah & Mama janji ye sayang, Ayah & Mama akan buat yang terbaik untuk didik Danish jadi insan yang berguna kelak...

SAYANG DANISH SANGAT-SANGAT, MUUAAHHHH...




Selamat Hari Bapa...

Selamat Hari Bapa, saya ucapkan kepada "Ayah" Danish yg tersayang...
AHMAD ZAMRI BIN AHMAD ZOHDI

Selamat Hari Bapa, saya ucapkan kepada "Bapa" saya yg dihormati...
AZEMI BIN PAWANCHIK

Saya doakan kedua2 insan yg bergelar "BAPA" ini dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki & sentiasa dilindungi & dirahmati oleh Allah SWT...
Terima kasih di atas segala pertolongan & keprihatinan terhadap kami sekeluarga.


Untukmu suamiku,
terima kasih kerana menjadi Ayah yg sangat baik,
penyayang & bertggjawab terhadap kami berdua.
Mama & Danish sayang sangat Ayah.
Semoga kebahagiaan milik kita abadi... AMIN...



Monday, June 15, 2009

Soft Copy Photo Studio Danish...





Ni gambar studio Danish yang diambil di Imacolor, Gama, Penang... Saya baru jer ambil soft copy, so tgk lah ner aksi-aksi anak teruna saya... Kecik lagi so tak berapa pandai nk buat pelbagai post tapi Danish tetap CUTEST baby in Mama's heart. Mama luv you Danish, Mmuuaahh....


Prize Presentation "My Cute-Cute Baby Photo Contest 2009"



Pada sabtu yang lepas (13hb Jun 2009), bertempat di Toys Section, 3rd Floor (Gama Supermarket), jam 4.30 ptg bermula lah majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang "My Cute-Cute Baby Photo Contest 2009". It was really, really fun... Jumpa most of parents baby yang join contest ni, dapat bersuai kenal dengan mereka & tengok anak masing-masing yang amat cute-cute.

Alhamdullillah... Rezeki Danish, walaupun cuma dapat hadiah saguhati, Mama tetap bangga dengan "hero" Mama ni... Mama rasa Danish mmg seorang baby yang semulajadi cute, ramai yang geram bila tgk Danish (mcm masuk bakul, angkat sendiri jer, hihihi) tapi itu lah kebenarannya... Anak Mama ada kelebihannya yg tersendiri, Mama bersyukur sgt dengan kurniaan Allah...

Hadiah Danish dah ambil pun, hehe... Hadiah bagi tpt saguhati berupa RM50 Imacolor voucher, 10" x 14" gambar with frame & sebuah trofi. Jutaan terima kasih kepada para penganjur daripada Danish sekeluarga, hihi...




P/s - Enjoy la tgk gambar2 yg ada nih, hehe...


Happy Birthday Zulaikha...

Smlm tanggal 14hb Jun merupakan hari ulang tahun pertama anak sahabat baik saya iaitu Safiyah & Aziz. Happy 1st year b'day tuk Zulaikha comel. Aunty doakan smg Zulaikha sihat selalu, dimurahkan rezeki & bahagia dismpg ibu bapa yg menyayangi Zulaikha. Dah setahun pun puteri Saf, sekejap jer masa berlalu...

Zulaikha merupakan 1st baby yg lahir dlm kump kami (semuanya 8 org), kiranya dia baby yg sulung lah. Pastu barulah diikuti oleh hero saya semggu selepas Zulaikha lahir & strsnya pula oleh baby Ita, Mas, & Fizah... Yg menariknya, semua yg kuar puteri2 yg cute-mute KECUALI saya jer, PUTERA handsome... Hehehe. Kiranya, DANISH dikelilingi oleh gegirl, hihihi...



P/s - Kejap jer dah besar anak-anak kita. Apa-apa pun semoga kita tetap bersahabat sehingga ke akhir hayat. Aminnn...


Saturday, June 13, 2009

Danish Kejar Burung

Kawan-kawan..nak tahu tak camner Danish kejar burung???

Jeng..Jeng..

Inilah dia..

Aksi Danish mengejar burung, hehehe...





Friday, June 12, 2009

Danish & Durian


Sekarang ni kan musim buah durian. Sana sini dok nampak orang jual buah durian... So apa lagi, seperti kebiasaan, rumah saya pun tak terlepas gak dari membeli durian coz Mak & Abah saya mmg suka sgt mkn durian. Saya & hubby makan gak durian tapi bukanlah pengemar buah durian, hehe... Gitu2 jer lah.

Alkisahnya... Satu malam ni...sebelum balik umah, kami lepak jap umah Mak & Abah. Yang si "Tok Ba" (bapa saya), maybe dah tak tahan daulat kot...tak sabar nak makan durian, dibukanya buah2 durian tu... Masa lak tak sesuai coz si cucu, Danish tgh hangat bermain, ngan tak berhenti jalan sana-sini, tak penat lak tu. Bila nmpk jer Tok Ba dia makan durian, dia pun mula lah nganga mulut tuk merasa sama apa yg Tok Ba dia makan. Dah suap skali, nk lagi... Dah tu, nak lagi... Amboi, pandai betul anak Mama makan durian ner... Sapa yg ajar ni? Mak Tok atau Tok Ba???



P/s - Muahahaha!!!! Alahai Danish, umur tak sampai setahun dah pandai betul makan durian ner...


Thursday, June 11, 2009

Koleksi Kasut Danish

Dari Danish lepas pantang lagi, saya dah biasakan Danish pakai kasut kalau keluar ke mana-mana. Bukan apa, suka jer tengok dia pakai kasut, nampak cam budak-budak besar plak. Sekarang ni once dia dah boleh berjalan, lagi lah saya happy sebab saya boleh pakaikan dia macam2 jenis kasut, hehe... Ni antara koleksi kasut-kasut Danish dari dulu sampailah skrg. Kasut "Nike" tu pemberian Pak Ngah Zi dia, original tu... Hehehe...



Wednesday, June 10, 2009

Danish...Anak Yang Rajin

Semalam pas jer blk umah, macam biasa lah time utk mengemas apa2 yg patut sebelum saya tidurkan si kecik & sendiri beradu, hehe. Baru jer saya masuk bilik menyimpan apa2 yg patut , si Ayah bergegas masuk mengambil kamera. Hairan gak saya, apa yang nk di snapnya malam2 buta ni. Rupa2nya ada assistant saya yg tolong mengemas rmh jugak... Nak tau sapa? Sapa lagi, kalau bukan Ahmad Danish Aqil...

Ayah biar jer Danish gi dapur dan dengan lajunya mencapai penyapu, lalu di bawanya ke hall dan memulakan aktiviti. Tersengih-sengih si Ayah melihat karenah si Danish menyapu. Danish nak tolong Mama ker sayang? Nanti dah besar sikit bolehlah. Sekarang ni bukan tolong tapi banyakkan lagi kerja Mama adalah... Huhuhu...


P/s - Abaikan jer lah panorama kat blkg tu, xada masa nk mengemas dengan Danish yg semakin hari semakin aktif...


Tuesday, June 9, 2009

Baby Kelly

My friend...Kelly telah selamat melahirkan baby girl... Bertambah sorang lagi geng Danish. Tahniah buat Kelly & family... Tak sabar nak tengok baby Kelly...

Nama
Lim Ke Xin

Waktu Kelahiran
09 June 2009
3.00 Petang

Tempat Kelahiran
Tanjung Medical Centre, Penang

Berat/Tinggi
2.52 kg
50 cm


P/s - Akan di edit once detail & gmbr baby dah dpt, hehe...



Monday, June 8, 2009

Join Enfa Mama Club

Sapa yang dah join Enfa Mama Club??? Saya baru jer nak register jd member. Ari tu ada gak try register online tapi ntah, tak berjaya pun. So try lah tepon hotline, rupa2nya ada syarat. Anak mestilah umur 1 thn keats, kena isi borang yg terdpt dlm tin atau kotak susu Enfa Grow A+. Dgn register menjd member tuk club ni, kita boleh collect point dgn menghtr "silver foil" tin susu ataupun "barcode" yg ada pd kotak susu. Sng kan...

Rugilah coz sblm ni, saya buang jer semua tu. Tapi tak tahulah sama ada still dikira atau tak coz susu yang dulu susu Enfalac & Enfapro, susu bwh umur 1 thn punya. So skrg ni, saya dgn gigh berusaha nak mengumpul semula "silver foil" atau "barcode" tuk mendptkan point. Kepada kengkawan yg anaknya minum susu Enfagrow atau Enfakid, pasni join lah... Caranya mudahjer, just fill up form & attachkan skali "silver foil" atau "barcode" sbg bukti pembelian (skali jer bukti diperlukan). Pastu kesemua "silver foil" atau "barcode" tu blh dikmpl & dihtr ke Mead Johnson utk mendptkan point.

P/s - Lepas dah submit form berkenaan, pihak Mead Johnson akan menghtr username & password utk diakses melalui internet. So inside websitu tu ada pelbagai aktiviti yg blh kita ikuti & pelbagai informasi berguna yang kita boleh kongsi dismpn dpt menebus hadiah melalui point yg kita kmplkan...



Sunday, June 7, 2009

Kenduri Vs Pantai

6hb Jun lalu, ada kenduri kat Bagan Ajam, Seberang, sedara side hubby kahwin... Sangatlah meriah. Yang sronoknya agenda asalnya mmg sbb nk gi kenduri tp once kat situ ada pantai, dah jd lain lak. Pas jer sdh mkn, kami 3 beranak gi bergmbr di pantai. Layan jer lah beberapa gmbr yg smpt kita orang snap.. hehehe...


P/s - X smpt snap gmbr dalam feri, 1st time bawa Danish naik... Hairan dia, hehehe...



Danish Jalan...

Jumaat 05/06/09, Danish dah pandai jalan. Skrg dia dpt dpt full lesen lah, hehe... Start pd malam tu, sakan dia dok jalan smpi penat nak mengikut dia. Bila sekarang dah pandai jalan, dia dah tak nak dukung-dukung lagi. Ingat dah pandai jalan lega sikit tapi lagi penat rupanya. Mana taknya, jalan setapak dua, nak menyinggah tengok itu ini. Jalan setapak dua, duduk plak nak kutip apa yang dia nampak. Adeh, penatnya..... Nasib ada ayah yang rajin menurut kehendak putera kecik ni, hehe.


Cute Baby Walked



Friday, June 5, 2009

Kelly Menghitung Detik-Detik...Another 1 week to go...

Today, last day rakan sekerja saya, Kelly... Tp bukan coz dia nak resign, hehehe. Dia nak bercuti tuk melahirkan 2nd baby. Bertambah sorang lagi kawan Danish. Kali ni girl jugak, kiranya Danish ni dikelilingi oleh princess-princess yang cute-cute belaka.

Sedih plak rasanya, pasni dah xada member yang borak2 ngan saya, sure sunyi giler saya dlm 2 bulan ni... Sekejap betul masa berlalu, dah sampai masa dah pun dia nak bersalin. So buat sahabatku Kelly, saya doakan moga segalanya selamat & berjalan lancar.

Ni pic last captured kat ofis sebelum Kelly bercuti panjang, huhu...
Start cuti dr 8hb June-10hb Ogos 2009.


P/s - Jangan lupa inform saya tau once u already give birth, hehehe...




Tuesday, June 2, 2009

Danish @ 11 Months

Lagi 2 minggu Danish dah nak masuk setahun, sekejap jer masa berjalan. Danish sekarang dah pandai berjalan sikit-sikit, dah tak nak dukung-dukung lagi. Xlah lancar sangat dia berjalan, adalah dalam 10 tapak camtu. Jalan setapak dua, menyinggah tengok itu ini. Adehhh, penatnya...

Satu lagi, Danish pun dah pandai sebut sikit-sikit perkataan, bunyi-bunyi di hujung tu memang dengar gak lah. Dia dah pandai angguk & geleng kepala, dah pandai "amin" tangan orang & yang paling sronoknya, dia gak dah pandai main "Ola-Oli"... Cute sangat, comelnya suara dia bila diajak main sama... Hehehe...


Since Danish dah boleh jalan (lesen L ye), Ayah & Mama bagi dia main 1 mainan, jeng-jeng-jeng. "Bruin-2 in 1 Activity Walker", hadiah ni kawan Ayah yang present masa Danish baru lahir. Skrg dah tiba masa bagi dia main stlh sekian lama jd simpanan, hehe. Danish leh main dan buat tolak-tolak. Puas Danish tolak sana sini, habis dibeleknya tayar apa semua. Ayah kata Danish cerdik, ye ker... InsyaAllah, moga2 dimakbulkan.





Danish Tukar Susu


Danish dulu masa belum lahir, saya belikan susu S26 tapi maybe sebab kurang sesuai, Dr LWE (Lam Wah Ee, Penang) tukarkan ke susu Enfalac AR. Masa 2 hari pas bersalin dia minum susu S26 ni, habis muntah jer dia, kesian tgk. Risau gak pasal itu, maybe puncanya mungkin susu tak sesuai..So sebab tu kot, Dr suggest minum susu Enfalac AR. (Sorry xada gmbr tuk susu tu). Susu
Enfalac AR ni ok cuma susah nk dptkan bekalan, certain2 farmasi & supermarket jer ada. Tu yg payah kalau nk continue minum...

Sekarang Danish dah lebih 6 bulan, saya tukar susu Danish ke Enfapro A+ pula. Kira susu susulan la, harga pun lebih kurang juga. So far susu ni memang bagus, senang nak cari gak, tu yg penting.

The latest one susu susulan Danish lepas ni, maybe susu Enfagrow A+. Rasanya stick pada susu ni jer kot sebab Danish macam sesuai dengan susu ni jer.


Baiboo..."Friend Finds Friend"

BAIBOO merupakan "Malaysia's Young Family Network" khusus untuk para ibu dan baby. Website ni banyak memberi informasi kepada ibu-ibu mengandung tentang pelbagai aspek, kira macam-macam la ada... Yg sronoknya, baru-baru ni Baiboo menyediakan reward kepada member, syaratnya "FRIEND FINDS FRIEND". Kita cari 5 lagi member yang sedang mengandung tuk jadi ahli baru kepada Baiboo & kita akan receive hamper worth RM100 dari Baiboo. Bestkan, so saya dah dpt 1. Yg lain, x nk cuba ker???

Untuk maklumat lanjut layari :
http://www.baiboo.com.my/