Wednesday, April 15, 2009

Rambut Danish


Ni gambar rambut Danish yg dah blh buat rambut trojan, hehe.. Taaarrraaaa.. Ada tak mcm pemain Real Madrid 's-Cristiano Ronaldo.. Hehe... Sungguh "pasan" okkk...


P/s - Pasan tu perasan lah, hehe...

Monday, April 13, 2009

"My Cute-Cute Baby Photo Contest 2009" Organised By Imacolor & Gama Supermarket

Imacolor & Gama Supermarket telah menganjurkan satu baby contest iaitu "My Cute-Cute Baby Contest 2009" bermula dari 2hb Januari 2009 sehingga 30hb April 2009. Johnson & Johnson, Huggies & YiMei juga turut bekerjasama untuk buat this event jadi grandier contest. Contest ni terbuka untuk baby yang berumur 24 bulan ke bawah. So apa lg, Danish pun salah seorang baby yang join contest ni, hehe...

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut lagi tentang contest ni, layari


Thursday, April 2, 2009

Danish Demam Campak

Kesian Danish... Tadi saya baru jer dpt call dr mak yg Danish demam campak. So apa lg, saya amik cuti tuk ari esok, senang tuk jaga dia. Kesian Danish, nasib dia tak banyak meragam cuma manja jer lbh, hehe... Huhu, kesian anak Mama sakit...


Thursday, March 5, 2009

Tanda Lahir Danish


Scr umum, tanda lahir pada bayi yang baru dilahirkan bukan masalah besar. Ia jarang berlaku tetapi mungkin mengejutkan ibu bapa yang selama ini tidak pernah terfikir, bayi mereka lahir dengan tanda di leher, muka atau belakang tengkuk.

Tanda lahir boleh terjadi sebelum dia dilahirkan atau selepas kelahiran. Sebenarnya tidak ada cara menghalang tanda lahir. Ia juga bukan disebabkan genetik tetapi bagaimana ia terjadi tidak dapat dipastikan secara khusus.

Kebanyakan tanda lahir akan hilang apabila kanak-kanak berusia lima atau sembilan tahun tetapi ada juga tanda lahir yang bersifat dramatik dan menyebabkan masalah kosmetik dan kemungkinan ia adalah tanda barah.

Tanda lahir (Birth marks) boleh di bahagikan kpd 2 jenis:

A. Tanda lahir Vaskular: Tanda lahir ini terjadi apabila salur darah tdk terbentuk dengan sempurna. Terdapat 3 jenis tanda lahir vascular :-

i - Macular Stains: Tanda lahir yg paling kerap kelihatan. Biasanya terdapat pada bahagian dahi, kelopak mata, belakang leher, hidung, atas bibir atau pada bahagian belakang kepala. Biasanya tanda lahir jenis ini akan hilang apabila bayi itu mencapai umur 1 atau 2 tahun.

ii - Hemangioma : Tanda lahir jenis ini selalunya timbul dan boleh jadi kemerah-merahan atau bebiru-biruan bergantung kepada jenis salur darah yang terlibat. Hemangioma selalunya akan makin membesar untuk 6 bukan pertama dan biasanya akan mengecut apabila kanak-kanak tersebut mencapai umur 5- 9 tahun. Jika hemangioma ini besar dan melibatkan bahagian seperti mulut atau hidung maka rawatan perlu dilakukan bagi mengecutkannya supaya tidak mengganggu fungsi organ tesebut.

iii- Port Wine Stains - Tanda lahir jenis ini selalunya belaku pada bahagian muka dan bebeza dari segi saiznya. Ia seperti berbentuk air wain merah yang tertumpah (port wine stains). Jika ia berlaku dekat pada bahagian mata ujian lanjutan perlu dilakukan untuk memastikan tiada komplikasi pada organ tersebut.

B. Tanda Lahir Berpigment (Piegmented Birthmarks): Tanda lahir ini terjadi apabila sel-sel yang menyebaban pigment (warna kulit) pada kulit berkembang lebih daripada normal (Overgrowth). Ia boleh dibahagikan kepada 3 jenis:

i- Cafe-Au-Liat Spots- Kerap berlaku dan warnanya adalah seperti kopi ditambah susu (seperti namanya). Boleh terdapat di mana-mana sahaja bahagian tubuh. Walaubagaimanapun jika terdapat banyak tanda ini dan saiznya yang besar maka perlu mendapat pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada kaitan dengan penyakit tertentu seperti penyakit saraf Neurofibromatosis.

ii - Mongolian Spots - Bewarna kebiru-biruan atau kelabu. Kerap terdapat pada bahagian belakang atau punggung bayi. Selalunya akan hilang sepenuhnya tanpa memerlukan rawatan khusus.

iii - Moles (Tahi Lalat) - Ia boleh bewarna perang atau hitam. Boleh rata atau timbul dan terdpat juga yang mempunya rambut atau bulu. Jika ia besar ia memerlukan pemeriksaan susulan bagi memastikan ia tidah bertambah besar atau berubah warna kerana terdapat risiko untuk menjadi kanser kulit (melanoma) jika ia berkeadaan demikian.



Wednesday, February 25, 2009

Wedding...My Cousin

20hb Jun 2009 merpkan tarikh nikah my cousin..Fauzi bersm psgannya Fariesya di Masjid Jamek Kpg Rawa. Sekitar jam 4ptg, psgnnn ni slmt diijabkabulkan oleh Tok Kadi "Ustaz Mansor" dgn sekali lafaz. Mjls resepsi lak dibuat pd keesokkan harinya iaitu pd 21Jun 2009 (sabtu) di Balai Rakyat Taman Sri Pinang (Dewan Turnkey).. sama tpt ngan Mjls Resepsi saya..hehe. Mjls resepsi kedua2 pengantin ni dibuat sehari so mmg ramai lah kan. So jom tgk gmb2r yg smpt kita orang snap.. hehehe...

Sktr Mjls Akad NIkah Di Msjd Jamek Kpg Rawa...

Mjls Mlm Berinai di rumah pengantin perempuan
Mjls Resepsi..20hb Jun 2009 di Dewan Turnkey

Pengantin berjln memasuki dewan...Serba putih..Sama cantik..Sama padan..
Pengantin dgn persalinan yg ke-2...Acara "Memotong Kek" pula...
Lastly... Gmbr kenangan...

P/s - Penat sgt tp enjoy...hehehe...



Thursday, February 19, 2009

We @ Island Red Cafe

Sabtu lepas..kita org gi "mamam" kat Island Red Cafe (IRC) di Krystal Point, Png. IRC ni merpkan restoran francais cam KFC, McD, Marrybrown dll. IRC ni lain sikit coz konsep Eat & earn..smbl mkn smbl buat $$$. Camner tu..rasanya cam MLM gak lah but saya krg jelas, hehe. Hubby join jd member IRC ni..register $360 but $300 tu akn dipulangkan dlm bntk e-voucher. So apa lg, mkn mkn mkn jer lah keja kita org. Klu hbs $ tu, sng jer..top up lg, hehehe...


Komen - Environment bersih but ramai sgt org smpi lama gak menggu..dah tu nama pun ramai sure bising sikit. Servis biasa2 jer & mknn lak..sedap...

P/s - Utk maklumat lanjut, sila KLIK disini.


Friday, February 13, 2009

Makan-Makan @ Oldtown White Coffee

Semalam Valentine's Day, tak sambut pun tapi saja jer kuar jalan-jalan, bawa Mak, Bah & Athirah skali (Anak Mak Ngah saya). Mmg dah jadi rutin saya & hubby, tiap2 malam ada jer agenda kami berdua. Since saya tak pandai masak, kami slalu makan luar or tapau jer. Dulu berdua, sekarang ni si putera kecik kami pun akan ikut skali, hehe... Nasib baik saya dpt hubby yang tak banyak songeh & faham yang wife dia ni kureng sikit bab2 masak, huhu. Satu lg, ngan balik keja pun dah pukul berapa, nk msk apa mlm2? Dah penat seharian keja oooiiii... Letih...


Ok, balik pd citer asal, kita orang ronda-ronda dulu sebelum cari tempat mana nak gi mkn. So hubby suggest gi makan kat Oldtown White Coffee (New World Park) since dia nak makan laksa kat sana. Kita yang lain on jer, tak kisah makan kat mana-mana pun. Ni 1st time Mak & Bah makan kat sana. Makanan ok, sedap gak lah walau malam tu laksa cam kureng ckit, huhu.
Yang lawaknya, nama pun Valentine's Day, saya & mak masing2 dapat bunga dari org yang kami sayang,hehe. Nak tergelak pun ada, Danish pun ternganga2 tgk Mama & Mak Toknya dpt bunga, hehehe...



Sunday, February 1, 2009

Happy 31st Birthday My Dear Hubby!!!

Happy 31st Birthday, didekasikan teristimewa buat my hubby...Ahmad Zamri, hehe...

Mama & Danish doakan smg Ayah dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta kebahagiaan kita sekeluarga berpanjangan selamanya, Amin...



P/s -
Hensem kan Ayah Danish... Mama sayang sangat 2D ni : Dd & Danish, hehe...



Sunday, January 25, 2009

We @ Jemputree Restoran

Jumaat mlm lalu..kita org gi mkn kat Jemputree Restoran.. Jemputree Restoran ni tertlk di Jln Burmah & across Hotel & Cafe 1926. Kita org sj jer bw Danish gi sana coz kat sana byk lampu..Danish suka tgk lampu, hehe.. Tempat ni menarik coz suasana sekeliling tempat ni dipenuhi ngan pokok2, suasana romantik gitu..kiranya berlainan dr yg lain lah. Makanan lak ok2 jer..

So ni ada bbrp kpg gmbr yg saya smpt snap, jom tgkkk...




P/s - Sori gmbr tak brp jelas coz guna hp jer. Kalau nk tgk dgn lebih jelas, sila tgk review ini.


Tuesday, January 20, 2009

Siapa Yg Letih? Danish Atau Ayah???

Tengok video ni, sapa yg letih? Danish Atau Ayah???... Danish semakin aktif smpikan penat si Ayah melayan karenah dia. Video ni diambil sms kita org temankan Mak Ngah saya buat cermin mata, tu pun kena tunggu si Ayah Danish blk kerja dulu, baru lah gi kedai cermin mata tu... Bkn apa, klu ada Ayah, Danish sure nak Ayah dia jer so Mama leh rest, hehe. Kesian Ayah, dah lah penat br jer hbs kerja, ditmbh pula ngan aktifnya hero sorang ni, hehe... So layannn...



Seperti biasa, sorry yer semua...
Still tak reti nak rotatekan video ni, kena tengok kot senget lah jwbnya, hehe...