Sunday, June 21, 2009

Hari Yang Paling Bermakna... 21hb Jun 2008

21/06/2008 adalah hari yang paling bermakna dalam hidup saya coz pada tarikh ini, saya telah selamat melahirkan seorang Baby Boy yang diberi nama AHMAD DANISH AQIL. Sekejap jer masa berlalu, tak sangka dah setahun baby saya ni. Daripada lahir sampailah sekarang, macam2 yang saya lalui. Teringat masa mula-mula tengok Danish dilahirkan, walau lali tp matanya still tengok pada saya & hubby, al-maklumlah pertama kali melihat dunia baru, melihat Mama & Ayahnya.. Bila ingat2 kembali, menitis air mata, macam tak percaya jer yang saya dah ada anak sekarang ni...

Walaupun penat bekerja sepanjang hari, bila balik tengok telatah Danish, hilang rasa penat. Walaupun adakalanya Danish suka buat saya letih dengan pelbagai aksi aktifnya tapi bila dia peluk & cium saya, terus sejuk hati saya. Danish mmg anak yg cute sgt...Pandai amik hati Mama & Ayahnya... Betul la orang tua-tua kata, anak ni penawar hati.

AYAH & MAMA SAYANG SANGAT PADA DANISH.
Ayah & Mama janji ye sayang, Ayah & Mama akan buat yang terbaik untuk didik Danish jadi insan yang berguna kelak...

SAYANG DANISH SANGAT-SANGAT, MUUAAHHHH...




0 comments: