Tuesday, June 2, 2009

Danish @ 11 Months

Lagi 2 minggu Danish dah nak masuk setahun, sekejap jer masa berjalan. Danish sekarang dah pandai berjalan sikit-sikit, dah tak nak dukung-dukung lagi. Xlah lancar sangat dia berjalan, adalah dalam 10 tapak camtu. Jalan setapak dua, menyinggah tengok itu ini. Adehhh, penatnya...

Satu lagi, Danish pun dah pandai sebut sikit-sikit perkataan, bunyi-bunyi di hujung tu memang dengar gak lah. Dia dah pandai angguk & geleng kepala, dah pandai "amin" tangan orang & yang paling sronoknya, dia gak dah pandai main "Ola-Oli"... Cute sangat, comelnya suara dia bila diajak main sama... Hehehe...


Since Danish dah boleh jalan (lesen L ye), Ayah & Mama bagi dia main 1 mainan, jeng-jeng-jeng. "Bruin-2 in 1 Activity Walker", hadiah ni kawan Ayah yang present masa Danish baru lahir. Skrg dah tiba masa bagi dia main stlh sekian lama jd simpanan, hehe. Danish leh main dan buat tolak-tolak. Puas Danish tolak sana sini, habis dibeleknya tayar apa semua. Ayah kata Danish cerdik, ye ker... InsyaAllah, moga2 dimakbulkan.

video



0 comments: